Thursday, October 15, 2009

Album Dari Rakyat Untuk Rakyat

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT



Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat.

Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat.

Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA – suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga di puisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin.

Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.

Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh.

Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu – ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo – tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan jalan.

Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.

Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1971 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari.

Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak tahun 1998.

Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan.

Untuk mereka yang berani mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri.


SEMUA DI JEMPUT UNTUK MERAYAKAN PELANCARAN ALBUM INI:






DIJEMPUT DATANG BERSANTAI DAN BEREVOLUSI

Album ini akan dilancarkan:

Pada : 17hb Oktober 2009
(Hari Sabtu)

Di : DEWAN MAJLIS PEMBANDARAN AMPANG JAYA

Dari Jam 8.00 hingga 12.00 malam

Bersamaan Hari Revolusi Bolshevik
Bersamaan Hari Kepulangan Cahaya Kebaikan Dewa Rama

ACARA:
- tayangan video Al-Fatihah Memali
- nyanyain amin iskandar/nik jidin/kumpulan d palang
- puisi rahmat haron/ pak janggut samad said
- tukar tiub akan berada disana untuk komidi

daripada : tukar tiub

Saturday, August 29, 2009

Pemuda Umno Mungkin Terlibat Isu Bawa Kepala Lembu

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kutuk perarakan kepala lembu semalam, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy.

Sedarkah Khairy perhimpunan ini disertai oleh exco dan ahli pemuda Umno?

Dalam perhimpunan tersebut jelas kelihatan Exco Pemuda Umno Dato'Sohaimi Shahadan yang turut serta malah beliau bukannya penduduk Seksyen 23 Shah Alam.

Mungkinkah ini penglibatan pemuda Umno dalam menghuru-harakan isu pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam.

Memang benar kata Khairy, mereka yang terlibat itu tidak mempunyai semangat sivik atau kemasyarakatan lebih-lebih lagi exco dan ahli pemuda Umno yang berada di situ.


Lembu Berdemo Nafi Simbol Kebodohan

"Mungkin yang mereka bawa kepala lembu nak maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelas Pengerusi Jawatankuasa Protes, Mahyuddin Manaf (foto atas).

Sejak bila pula budaya Melayu mengatakan lembu simbol kebodohan.....kamus mana yang di ambil... Ini mungkin kenyataan seorang lagi anggota kumpulan Untuk Manusia No Otak....


Terdahulu....

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO yang mengaku Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Hanya 50 orang sahaja telah membentuk jawatankuasa sendiri untuk bertindak bagi pihak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat semalam.

Malangnya sasaran utama kemarahan mereka adalah kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar itu sahaja...


Kelihatan beberapa ekor lembu sedang memerhatikan gelagat lembu bodoh yang sedang memijak kepala lembu


Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Seperti biasa pihak Polis hanya memerhati gelagat mereka tanpa sebarang tindakan kerana mereka BUKAN dari Pakatan Rakyat. Sekiranya ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat sudah tentu mereka akan diheret ke Balai ataupun ditembak dengan gas pemedih mata untuk bersurai.


Komen Pemimpin BeeNd.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.

Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.

"Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera," tambahnya.

Manakala Khairy Jamaluddin Pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara,"

Persoalannya sekarang .... mampukah siasatan ini mengubah pandangan rakyat terhadap sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.


Komen daripada Exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar

Exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan perarakan itu "tidak wajar, tidak boleh diterima dan tidak sensitif terhadap agama lain."

Katanya, beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Dr Xavier berkata, mereka yang mengadakan perarakan itu tidak beretika dan mahu mencetuskan kebencian kaum dan agama.

"Saya akan buat laporan polis terhadap mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga kecewa kerana anggota polis yang ditugaskan di situ didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perarakan tersebut.

Dr Xavier mendakwa, pihak polis tidak menghalang mereka yang mengadakan perarakan dan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis sepatutnya bertindak menangkap mereka dan mendakwa mereka atas tuduhan membangkitkan kebencian.

malaysiakini.

Wednesday, August 26, 2009

PRK N11: Umno Masih Bermimpi




Kemenangan Pakatan Rakyat kali ini terus membuktikan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat telah bekerjasama dengan baik. Kemenangan ini juga menggambarkan rakyat kini menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat dan seterusnya menolak BN/Umno.

Kejayaan Pas/Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir apabila Mohd Salleh Man meraih 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Kenyataan terbaru daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan kekecewaan beliau dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan terus menunjukkan kesombongan pemimpin BN/Umno. Pemimpin BN/Umno sepatutnya sedar bahawa mereka tidak lagi mendapat perhatian daripada rakyat atas sikap mereka yang sombong, bongkak, berkepentingan sendiri malah terlibat dalam gejala penyelewengan dan rasuah.


Rakyat 4 Rakyat menucapkan:

Tahniah Pengundi DUN N11 Permatang Pasir
Tahniah Ustaz Mohd Salleh Man
Tahniah Pakatan Rakyat...
Tahniah PAS...
Tahniah semua....

Tuesday, August 25, 2009

Tidak Faham Hukum ALLAH

Mamat seorag ni faham ke hukum Islam....
Kalau dah melanggar hukum Allah...
Rayuannya sepatutnya kepada Allah juga...bertaubatlah wahai umat manusia kepadaNYA
Inilah masalah kita hari ini..
ramai sangat pemimpin yang mengaku Islam tetapi cetek ilmu agamanya....


terdahulu....

Hukuman sebat: Kartika boleh membuat rayuan - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.BERNAMA

Untuk Renungan !!!

Allah S.W.T berfirman maksudnya :

"(Wahai orang-orang yang beriman), sesungguhnya (meminum khamar, berjudi, berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." Surah Al-Maidah : 90-91.


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa minum arak, nescaya Allah akan memberi minum dari air panas neraka jahannam."
(Riwayat Bazzar)


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Setiap minuman yang memabukkan itu haram, dan di sisi Allah ada suatu perjanjian dengan orang yang minum minuman yang memabukkan, yakni Allah akan memberinya minum dari "Tiinaful khabaal." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah "Tiinatul Khabaal" itu? Baginda bersabda: "Yakni keringat penghuni neraka atau bau badan mereka."
(Riwayat Muslim dan Nas'ai)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Jauhilah arak, sebab arak itu kunci segala kejahatan."
(Riwayat Hakim)




Kesimpulannya...
Minum arak amat besar keburukkannya kerana arak boleh menjerumus kepada maksiat dan kejahatan. Mereka yang jahil pasti tidak mempedulikan larangan ini.

Kerajaan Malaysia tidak begitu serius dalam membenteras penjualan arak ini. Arak bebas dijual secara terbuka dan tiada had dan halangan bagi yang menjualnya.

Semuanya salah pemimpin yang kononnya ingin membenteras kejahatan ini dari akar umbi. Pada hal akar segala kejahatan ini adalah pada arak.

Saturday, August 22, 2009

Rais Yatim Berkorban Apa Saja

Inilah perangai sebenar Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim... penuh dengan budi bahasa dan sopan santun....

AMARAN DARIPADA RAIS YATIM KEPADA RAKYAT MALAYSIA....

GUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN....

Lebih banyak Rais timbulkan isu , lebih banyak pembohongan Umno akan muncul....

Thursday, August 20, 2009

Misteri Kematian Teoh Beng Hock

Misteri surat yang diterima oleh Gobind semasa inkues Teoh Beng Hock berlangsung disiarkan oleh Malaysia Today diawah kolum No Holds Barred Raja Petra Kamaruddin hari ini. Berikut adalah salinan dari surat tersebut.


dari: http://nmjnh.wordpress.com

Wednesday, August 19, 2009

PRK N11: Beranikah SPRM Siasat Muhyiddin?


Terkini: Maklumat yang diterima daripada Saudara Shamsul Iskandar(Ketua AMK), SPRM Johor Bahru akan membuka 2 fail siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin ;

1.Mengunakan helikopter NURI bagi rasmi mesyuarat Parti Umno Sabah

2.Isu Pajakan tanah di Johor selama 60thn kepada kerajaan Singapura yang bernilai 350juta.

Altantuya Dalam Perjalanan ke Malaysia



Gempar... Tapi benar....

Ada berita terkini tentang Altantuya.....


Kapal selam pertama Malaysia berlabuh di Cochin, India

COCHIN 19 Ogos — Kapal selam pertama negara yang dalam pelayaran sulungnya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar Sabah, singgah di pelabuhan pangkalan tentera India pada Selasa lalu.

Kapal selam jenis Scorpene yang diberi nama KD Tunku Abdul Rahman itu memulakan pelayaran 9 Julai lepas dan singgah di Jeddah dan Djibouit sebelum memasuki perairan Cochin di Kerala.

Pada 2002 kerajaan Malaysia membeli dua kapal selam yang dibina bersama oleh syarikat Perancis DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia dari Sepanyol, di Cherbourg, Perancis.

Pada Januari lepas, kapal selam itu diserah secara rasmi kepada TLDM di pangkalan tentera di Toulon, Perancis. - Bernama

PRK N11: Pecah Amanah Tapi Ingin Jadi Wakil Rakyat

Kedudukan Rohaizat Othman calon BN/Umno di PRK DUN 11 kini diragui. Beliau kini terpaksa turun bertemu ke semua peringkat bagi menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.

Ini berikutan kenyataan media arus perdana BN, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu adalah pengamal undang-Undang atau peguam di bawah tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Persoalan mula timbul apabila Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan mengumumkan kedudukan sebenar Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu.", kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Tegasnya lagi, "bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak."

Respon Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat.

Bagaimana pun, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.


Menurut Dr. Hatta pula, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.

Ditanya sama ada beliau bersetuju PAS menyerang peribadi Rohaizat disebabkan isu tersebut, Dr. Hatta menegaskan bahawa Umno juga memperlekeh kerjaya 'peniaga ikan' Mohd Fauzi Abdullah (PAS) di Manik Urai; kerana calon Umno Tuan Aziz Tuan Mat berpendidikan tinggi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad menjelaskan soal peribadi seseorang calon wajib dihitung di Permatang Pasir kerana Allah memerintahkan kepemimpinan Islam mestilah memiliki sifat keupayaan bekerja (al-quwwah) dan integriti (al-amanah).

Mengulas gesaan Umno supaya tidak ada serangan peribadi ke atas Rohaizat, Dr Dzulkifli menyifatkan usaha itu sekadar untuk menutup amalan pecah amanah oleh calon pertaruhan Umno semata-mata.

Bagi Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi, bulan Ramadhan ini seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil; dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w mendepani Peperangan Badar al-Qubra.

Kata Mumtaz lagi, memilih Adun Permatang Pasir sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seorang yang beramal Islami serta berakhlak mulia.

Seorang yang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun Adun sendiri.

Tinjauan yang dilakukan dalam beberapa Bilik Gerakan Umno di sini sejak petang tadi, menyaksikan Umno tidak menyerang peribadi calon Pas.

Ini kerana, Mohd Salleh Man dikenali khalayak sebagai seorang yang Islamis, bersarjana pengajian Islam, berakhlak luhur serta ahli peniagaan yang tidak bermasalah.

Bagaimana pun, Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.

Malah, teknik membina ikon kebencian (icon of hatred) itu diyakini mampu memberi kredit tidak langsung kepada Rohaizat.

Setakat ini, kempen PAS masih kurang menonjolkan manifestonya untuk pengundi Permatang Pasir.

Begitu juga Umno, strategi menabur janji-janji 'politik pembangunan' masih kurang menonjol seperti beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini.

dari : harakahdaily

Bukti Berita Harian Pembohong


Teruskan Boikot Berita Harian dan Media Arus Perdana BeeNd....


TERKINI-
KUALA LUMPUR, 19 Ogos:
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily. _

Sunday, August 16, 2009

PRK N11: Seorang Lagi Wartawan Berita Hairan Cetek Ilmu

Ini seorang lagi wartawan dari Berita Hairan yang sekumpulan dengan kumpulan Untuk Manusia No Otak....

Segan pulak nak panggil dia ni wartawan....

Mungkin dia layak dipanggil Bodekwan....


Wartawan "Ini" memang tidak beretika dan GAGAL Dalam Menjaga Sensitiviti Rakyat !!!





Ahmad Naim Tahir-dari Berita Hairan (kiri) ketika memberi ucapan sempena satu majlis




Wakil rakyat tak berilmu gagal jaga sensitiviti kaum — Ahmad Naim Tahir


OGOS 16 — Dulu rakyat hidup aman damai — Melayu, Cina, India, Sikh, Orang Asli mahupun Serani — semua bersatu hati, menjalin hubungan penuh harmoni walaupun dari segi politiknya berbeza ideologi.

Jika ada pun isu, tidaklah seteruk situasi kini yang menyaksikan mufti juga dimaki, ayat suci al-Quran dimanipulasi sesuka hati demi menarik khalayak Melayu yang mendengar ceramah pemimpin DAP, manakala “fatwa” agama yang dikeluarkan dilihat lebih kepada syok sendiri.

Politik perkauman yang sudah menipis kini tebal semula, hujah pendakwah Islam pun ditegur pemimpin Cina, malah ada yang tidak mahu memakai songkok pada majlis dihadiri raja, alasannya kerana bukan Melayu tidak diberi status Bumiputera.

Ada pula berterusan mencabar agama rasmi negara, seperti mengaitkan Islam sebagai ekstremis dan mendakwa sebuah pertubuhan agama yang berdaftar sebagai pengganas kerana memperjuangkan syariah Islam.

Mengapa kenyataan dan kelakuan yang sensitif tetap tercetus — apakah kerana individu itu gila glamor, terlalu ghairah pertama kali menjadi wakil rakyat, kekurangan pengalaman kerana usia masih muda atau berasa diri dan parti mereka kian hebat.

Jika diimbas, isu seperti itu semakin menjadi-jadi selepas pilihan raya umum 2008 yang disifatkan tahun tercetusnya “krisis politik tanah air” apabila sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) merudum teruk.

Keputusan itu juga satu kejutan kepada calon parti pembangkang, lalu mereka yang tidak berpengalaman dan tidak membuat persediaan menjadi ahli politik atau lebih mudah ditakrif sebagai “bidan terjun” menjadi terlalu “berpolitiking”.

Bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, 34, tanggapan bahawa faktor usia dan kekurangan pengalaman mencacatkan tanggungjawab wakil rakyat muda atau yang kali pertama diundi menang pilihan raya adalah kurang tepat.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang kali pertama bertanding pilihan raya umum tahun lalu dan menang, berkata isu yang disifatkan sebagai sensitif itu sebenarnya bukan sensitif.

“Ia isu fundamental... isu agama dan bangsa kalau dilihat dari segi sejarahnya ialah isu fundamental atau isu pokok yang berjaya membentuk pemimpin muda. Isu yang dikatakan sensitif itu sama juga dengan isu lain... seperti hak asasi dan pembangunan,” katanya.

Katanya, alaf ini membentangkan cabaran politik lebih kritikal, bukan lagi sekadar membincangkan isu remeh temeh dan menganggap apa juga kenyataan berkaitan agama dan
kaum oleh penganut agama dan bangsa lain sebagai sensitif.

“Semua pihak perlu saling memahami, bukan pemahaman palsu atau yang dikatakan atas dasar toleransi... bertolak ansur tetapi tidak faham. Mana mungkin satu penyatuan dapat dicapai jika kita berada dalam kejahilan,” katanya.

Katanya, isu sensitif yang dicetuskan perlu dibincang dan diperjelaskan melalui wacana atau dialog tanpa dibelenggu sentimen politik sempit sehingga apa saja yang diperkatakan pemimpin pembangkang dianggap bermotifkan politik.

Pandangan pemimpin muda PKR itu bagaimanapun disanggah Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menganggap pemimpin politik yang sengaja mencetuskan isu sensitif sebagai “mengada-ngada”.

“Wakil rakyat ini macam-macam jenis, yang penting kita tahu kita mewakili rakyat. Antara tugas penting, selain mengetengahkan masalah rakyat ialah mesti peka dengan Perlembagaan negara, adat, budaya dan agama.

“Ia bukan benda baru, sudah dipegang sejak berpuluh tahun dulu, mengapa sekarang mengada-ngada... nak yang itu, tak nak yang ini. Bagi saya, wakil rakyat jenis ini sepatutnya tidak dipilih oleh rakyat,” katanya.

Mohamad yang berpengalaman enam penggal atau hampir 30 tahun sebagai wakil rakyat pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Johor, berkata pemimpin dan rakyat perlu tahu menghormati sensitiviti kaum lain.

“Bukan setakat menghormati, perlu menghayatinya. Ia tiba-tiba tak mahu pakai songkok pada majlis dihadiri sultan, sedangkan budaya di Malaysia berteraskan bangsa Melayu yang salah satunya ialah bersongkok.

“Mahu atau tidak, kita tidak boleh tolak hakikat Malaysia adalah Tanah Melayu, ada raja dan sultan, adat resam dan budaya, agama rasmi. Semua ini diterima, pemimpin bukan Melayu dulu terima... mengapa kini ada yang mahu menolaknya,” katanya.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno itu berkata, isu seperti pemimpin pembangkang enggan memakai songkok itu sebenarnya mengandungi unsur perkauman dan bermotifkan politik yang boleh menimbulkan suasana tegang.

“Kalau orang India pakai songkok, dia tetap orang India... kalau orang Buddha pakai songkok, agamanya tetap Buddha,” katanya sambil menambah bukan faktor tiada pengalaman atau usia muda menyebabkan pemimpin mencetuskan isu perkauman, tetapi kerana ada agenda tersembunyi.

Seperti juga isu agama, katanya, orang Melayu yang berpakat dengan parti lain untuk melawan arus, tanpa rasa bersalah menyokong rakan kesepakatan mereka dengan mempertahankan kenyataan yang menyentuh isu agama.

“Baru-baru ini, Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) mempertahankan pemimpin DAP yang menghina Islam. Bagi saya, PAS sekarang bukan lagi memperjuangkan Islam yang melarang umatnya hina agama lain. Wajarkah bukan Islam menghina agama kita,” katanya.

Penganalisis politik, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar merumuskan punca isu sensitif tercetus kerana pemimpin, wakil rakyat atau “opinion leader” kurang berilmu dan pengalaman, tidak kurang juga atas kepentingan politik atau peribadi.

“Pada saya, tidak wajar kita memperjudikan keamanan dan ketenteraman negara semata-mata untuk kepentingan politik atau peribadi,” katanya yang juga Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kurang ilmu pengetahuan, jelasnya, menyebabkan sesetengah pemimpin berasa tidak bersalah mengeluarkan kenyataan sensitif yang kemudian merebak dan kemungkinan boleh mencetuskan keadaan huru hara dalam negara.

“Macam laporan mengenai pemimpin DAP menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) itu ekstrim... saya percaya pemimpin itu tidak tahu pun apa itu JIM yang sebenarnya sebuah pertubuhan berdaftar dan dikenali di kalangan umat Islam.

“Mungkin juga pemimpin itu mahukan publisiti, tetapi jika kenyataan tidak bersandarkan ilmu pengetahuan, akan jadi macam inilah... tidak tahu pun apa yang dicakapkan sehingga kenyataan bertukar menjadi isu sensitif,” katanya.

Katanya, kekurangan pengalaman sebagai pemimpin juga boleh menyumbang kepada keadaan itu seperti isu enggan memakai songkok pada majlis dihadiri sultan, sedangkan peraturan berkenaan sudah wujud berpuluh tahun dulu.

“Wakil rakyat itu tidak faham yang songkok bukanlah simbol agama sangat, sebaliknya lebih kepada budaya Malaysia yang memang banyak berasaskan simbol daripada bangsa Melayu,” katanya.

Katanya, kepentingan politik kadangkala boleh mengaburi mata hingga kesan daripada sesuatu kenyataan atau perlakuan itu, tidak lagi diambil kira.

“Dalam apa juga tindakan, rujuklah Perlembagaan, Rukun Negara dan kontrak sosial. Jika hanya satu kumpulan rasional dan faham aspek itu, satu kumpulan lain tidak memahaminya, selagi itulah negara berada dalam risiko,” katanya. — Berita Minggu

from:malaysianinsider